Dua hari lepas ustaz sempat membuka televisyen untuk melihat apa rancangan tv yang sedia ada sekarang untuk ditonton. apabila ustaz buka tv ustaz terdengar satu berita yang terlalu aneh. " SEORANG BUDAK DIJUMPAI DALAM TANAH ". Ustaz pun merasakan cerita ini lagi aneh ustaz pun perkuatkan sedikit volume tv tu nak tahu apa cerita sebenarnya. La Hau la wala quwwata illa billah. Seorang kanak-kanak telah ditanam dan kanak-kanak/bayi tersebut telah meninggal dunia. Allahumma. Bila dilihat mayat kanak-kanak tersebut terasa hiba menusuk hati mengenangkan apalah nak jadi dengan dunia sekarang.
apa sudah jadi dengan manusia skrg, tak cukup dgn bayi itu dibuang, skrg tanam pula. adakah dunia sudah kembali ke zaman jahiliyyah. orang arab jahiliyyah dulu, memilih yang ditanam adalah bayi perempuan kerana mereka memikirkan bayi perempuan itu akan membawa malu kepada mereka pada masa akan datang. tapi orang skrg bkn stkt yang perempuan, bayi lelaki pun dibuang.
Ya Allah kembalikanlah generasi skrg kepada Islam.
No comments:
Post a Comment