Diingatkan bahwa jika ustaz sebut perkataan hati, itu bukan bermaksud hati yang ada dalam tubuh badan yang kasar ni. tetapi hati yang dimaksudkan oleh nabi Muhammad SAW.
Apakah hati yang baik tu? hati yang bagaimana ya? hati tu boleh kita kenal ke?
oh kalau nak kenal hati yang baik ialah hati yang tidak menurut kata manis daripada syahwat yang boleh mengarahkan kita kepada maksiat dan mungkar.
kalau begitu bagaimana rupanya ?
pertama ; hati itu datang daripada mukmin yang ikhlas ketika beribadah. ikhlas itu apa pulak? isy,isy,isy ikhlas ialah menjadikan tujuan pengibadahan kita kepada Allah semata-mata tiada yang lain daripadaNya. ok dah jelas sekarang. jadi hati yang baik itu adalah hati yang mesti datang dari mukmin yang ikhlas yang segala ketaatan itu kerana kecintaan, tawakkal, kepatuhan, penyerahan dan ketakwaan. jika mukmin itu sayangkan sesuatu mesti kerana Allah. dan jika benci mesti benci kerana Allah.
kedua ; segala kepatuhan yang dilaksanakan itu mestilah berpandukan syariat yang telah dibawa oleh baginda. jangan memandai nak buat itu, nak buat ini tapi tak de pun sandaran syariat rosak binasa amalan tersebut. Kalau nak sembahyang ikut cara nabi solat. ikut mazhablah kerana orang yang membawa ilmu daripada rasulullah ialah bermula sahabat sehingga imam mazhab.
cukuplah dulu kita sambung nanti dalam bab hati yang mati.
No comments:
Post a Comment