Tuesday, May 25, 2010

Beza Antara Orang Yang Alim dan Abid

Baginda SAW pernah bersabda bahawa terdapat seorang pemuda yang telah membunuh 99 orang manusia. Dengan hidayah Allah, hatinya terbuka untuk bertaubat. apabila sang pemuda ini mencari dimanakah insan yang boleh menunjukkan jalan taubat kepada beliau. ditunjukkan kepada seorang abid. maka apabila beliau bertanya jawab si abid tiada lagi taubat untuk mu yang ada hanyalah kemarahan Allah sahaja. lantas sang pemuda itu membunuh si abid tersebut.

timbul penyesalan atas dosa tersebut sehingga sang pemuda tersebut telah membunuh 100 orang manusia. pencarian seorang mursyid yang boleh menunjukkan jalan diterus sehingga ditunjukkan kepada seorang alim yang bijaksana maka jawab si alim engkau pergilah ke tempat A kerana di situ penduduknya adalah manusia yang beriman kepada Allah sahaja.

itulah coretan cerita perbezaan antara orang yang berilmu dan si abid. kebanyakkan ulama menafsirkan bahawa antara kelebihan orang berilmu dengan si abid adalah orang yang berilmu akan terselemat dari mara bahaya yang mendatang berbanding orang lain. NOKTAH.

marilah kita sama - sama menuntut ilmu kerana dengan ilmu insyaallah kita akan selamat dunia dan akhirat.

Sehingga berjumpa lagi di kuliah akan datang

No comments:

Post a Comment