Wednesday, May 26, 2010

Buku Kami dah Keluar

Alhamdulillah buku pertama ustaz sudah keluar tetapi bersama dengan penulis-penulis lain bagi terbitan negeri Selangor. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang telah memberikan kekuatan untuk ustaz menulis buku tersebut sehingga dapat diterbitkan.

Buku tersebut ialah guru jutawan akhirat. Ustaz rasa buku ini adalah pedoman terbaik untuk kita yang menjadi pendidik kerana seorang pendidik memerlukan tenaga dalaman untuk terus mendidik. Dan sumber tenaga itu adalah ilmu tak kiralah melalui pengajian, perkongsian atau medium yang termudah ialah dengan membaca.

Tetapi cukup kasihan tak ramai orang yang sudi membaca buku-buku begini. Ustaz lihat disekolah ustaz sendiri buku itu hanya menjadi barang pameran dan hiasan di meja panitia. Bila diminta untuk dibaca ramai yang menolak tapi …..tak kisahlah orang baca atau tidak yang penting kami dah buat yang terbaik……

Terasa kekuatan dalam hati untuk terus menulis dan menulis agar ustaz dapat mencurahkan ilmu yang ada disamping berkongsi pendapat dengan pembaca sekelian.

Dalam perancangan bukan main banyak lagi tulisan yang ingin dihasilkan tetapi apakan daya ustaz yang semakin dihimpit dengan bebanan tugas yang menimbun tak cukup dengan sekolah dengan luar sekolah, tetapi dakwah tetap dakwah. Mesti dijalankan walaupun itu yang termampu.

No comments:

Post a Comment