Tuesday, May 25, 2010

Takabbur dan Iblis Bahagian 1

Firman Allah kepada seluruh Makhluk selepas Allah menjadikan manusia pertama iaitu Adam
wahai semua malaikat bersujudlah kamu semua kepada makhluk aku yang bernama Adam. Dalam masalah sujud ini, perlu kita ingat yang dimaksudkan dengan sujud ini bukanlah sujud seperti kita sujud di hadapan Allah ketika solah tetapi sujud di sini bermaksud penghormatan dan kepatuhan. maka semua makluk Allah sujud tanda memberi hormat kepada Adam kecuali Iblis yang merasakan dirinya hebat dan lebih daripada Adam. semua peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran.

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ (11)
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ (12)

tetapi ustaz merasa hairan kenapa manusia hari ni, hanya sekadar membaca al-quran tetapi tidak pernahcuba untuk memahamkan isi kandungan al-quran yang begitu berharga dan bernilai untuk diamalkan. ingat bahawa al-quran itu mungkin akan menjadi pembela kita di hari akhirat atau menjadi "pendakwaraya" di alam akhirat.

القراءن حجة لك أو حجة عليك

sama juga dengan cerita iblis dan takabburnya juga, Allah memberikan gambaran bahawa seandainya kita bersifat sedemikian rupa todak mustahil kita akan engkar kepada Allah. semua ini berkisar disekeliling TAKABBUR dan apa itu takabbur kita akan bersambung diepisod yang akan datang.

No comments:

Post a Comment