Wednesday, June 23, 2010

Sambungan kepada pengajian hadis 40

Pada hari ahad lepas, ustaz ada membicarakan tentang kemestian kita untuk memohon hidayah daripada Allah. Ustaz merujuk kepada kitab Ibnu Rajab al-Hanbali, bahawa hidayah itu terbahagi kepada 2 :
1) hidayah kepada agama Islam dan Iman
2) Hidayah untuk memahami Islam dan Iman.
Sebagai orang Islam bahagian yang pertama daripada hadis tersebut memang tiada masalah untuk kita, tetapi selanjutnya yang kedua itu mungkin ya ?
Kenapa ianya berlaku ?
Kerana orang menganggap kalau sudah beragama iSLAM itu sudah memadai. Hai Mana boleh begitu. sebagai kita orang Islam kewajipan ke atas kita banyak dan bagaimana kita hendak laksanankan tanggungjawab itu ialah dengan menuntut ilmu. kalau ilmu tidak dituntut manakan pula hendak dikenal amal perbuata yang sah ataupun tidak.
Insya Allah kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment