Sunday, May 30, 2010
Berakhir sudah wacana ilmu
Wednesday, May 26, 2010
Buku Kami dah Keluar
Alhamdulillah buku pertama ustaz sudah keluar tetapi bersama dengan penulis-penulis lain bagi terbitan negeri Selangor. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang telah memberikan kekuatan untuk ustaz menulis buku tersebut sehingga dapat diterbitkan.
Buku tersebut ialah guru jutawan akhirat. Ustaz rasa buku ini adalah pedoman terbaik untuk kita yang menjadi pendidik kerana seorang pendidik memerlukan tenaga dalaman untuk terus mendidik. Dan sumber tenaga itu adalah ilmu tak kiralah melalui pengajian, perkongsian atau medium yang termudah ialah dengan membaca.
Tetapi cukup kasihan tak ramai orang yang sudi membaca buku-buku begini. Ustaz lihat disekolah ustaz sendiri buku itu hanya menjadi barang pameran dan hiasan di meja panitia. Bila diminta untuk dibaca ramai yang menolak tapi …..tak kisahlah orang baca atau tidak yang penting kami dah buat yang terbaik……
Terasa kekuatan dalam hati untuk terus menulis dan menulis agar ustaz dapat mencurahkan ilmu yang ada disamping berkongsi pendapat dengan pembaca sekelian.
Dalam perancangan bukan main banyak lagi tulisan yang ingin dihasilkan tetapi apakan daya ustaz yang semakin dihimpit dengan bebanan tugas yang menimbun tak cukup dengan sekolah dengan luar sekolah, tetapi dakwah tetap dakwah. Mesti dijalankan walaupun itu yang termampu.
Cara berfikir mesti ditukar
PENGUMUMAN.....PENGUMUMAN.......PENGUMUMAN
Orang yang berjaya, ialah orang yang dapat menukarkan pemikirannya ke arah yang lbh baik atau hijrah dan kena istiqamah. hijrah saja tak cukup kalau tidak disertai dengan istiqamah. Allah suka seorang yang beramal dan istiqamah. nak cari orang yang bekerja sng tp nak cari org yang istiqamah susah. Tak mengapalah.
macam adik-adik pelajar juga perlukan tukar cara berfikir kalan nak berjayalah tak kiralah pmr , spm dan stpm. semuanya itu perlukan satu perubahan.
BERFIKIR BIASA --------->BERFIKIR LUAR BIASA
Skil Menjawab Soalan Pendidikan Agama Islam
Prog Bestari Solat
29/5 - kem bestari solat 8 pagi
30/5 - wacana ilmu - selepas maghrib
5/6 - karnival dan malam forum
Alangkah baiknya jika hati saya sihat dan baik
Apakah hati yang baik tu? hati yang bagaimana ya? hati tu boleh kita kenal ke?
oh kalau nak kenal hati yang baik ialah hati yang tidak menurut kata manis daripada syahwat yang boleh mengarahkan kita kepada maksiat dan mungkar.
kalau begitu bagaimana rupanya ?
pertama ; hati itu datang daripada mukmin yang ikhlas ketika beribadah. ikhlas itu apa pulak? isy,isy,isy ikhlas ialah menjadikan tujuan pengibadahan kita kepada Allah semata-mata tiada yang lain daripadaNya. ok dah jelas sekarang. jadi hati yang baik itu adalah hati yang mesti datang dari mukmin yang ikhlas yang segala ketaatan itu kerana kecintaan, tawakkal, kepatuhan, penyerahan dan ketakwaan. jika mukmin itu sayangkan sesuatu mesti kerana Allah. dan jika benci mesti benci kerana Allah.
kedua ; segala kepatuhan yang dilaksanakan itu mestilah berpandukan syariat yang telah dibawa oleh baginda. jangan memandai nak buat itu, nak buat ini tapi tak de pun sandaran syariat rosak binasa amalan tersebut. Kalau nak sembahyang ikut cara nabi solat. ikut mazhablah kerana orang yang membawa ilmu daripada rasulullah ialah bermula sahabat sehingga imam mazhab.
cukuplah dulu kita sambung nanti dalam bab hati yang mati.
3 JENIS HATI
Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya اغاثة اللهفان menegeaskan bahawa hati manusia terbahagi kepada 3 jenis :
1. Hati Yang Sihat
2. Hati Yang Sakit
3. Hati Yang Mati. والعياذ بالله من ذلك
Insyallah kita sambung kuliah ini pada masa akan datang.
Adakah Dunia sudah kembali kepada zaman jahiliyyah
apa sudah jadi dengan manusia skrg, tak cukup dgn bayi itu dibuang, skrg tanam pula. adakah dunia sudah kembali ke zaman jahiliyyah. orang arab jahiliyyah dulu, memilih yang ditanam adalah bayi perempuan kerana mereka memikirkan bayi perempuan itu akan membawa malu kepada mereka pada masa akan datang. tapi orang skrg bkn stkt yang perempuan, bayi lelaki pun dibuang.
Ya Allah kembalikanlah generasi skrg kepada Islam.
Tuesday, May 25, 2010
Tajuk Akan Datang
1. Wasail tarbiyah hasan al-banna
2. Kuliah hadis 40
3. Kuliah Tafsir Ibn Kasir
4. Kuliah Bidayatul Hidayah
5. Tazkirah santai
Beza Antara Orang Yang Alim dan Abid
timbul penyesalan atas dosa tersebut sehingga sang pemuda tersebut telah membunuh 100 orang manusia. pencarian seorang mursyid yang boleh menunjukkan jalan diterus sehingga ditunjukkan kepada seorang alim yang bijaksana maka jawab si alim engkau pergilah ke tempat A kerana di situ penduduknya adalah manusia yang beriman kepada Allah sahaja.
itulah coretan cerita perbezaan antara orang yang berilmu dan si abid. kebanyakkan ulama menafsirkan bahawa antara kelebihan orang berilmu dengan si abid adalah orang yang berilmu akan terselemat dari mara bahaya yang mendatang berbanding orang lain. NOKTAH.
marilah kita sama - sama menuntut ilmu kerana dengan ilmu insyaallah kita akan selamat dunia dan akhirat.
Sehingga berjumpa lagi di kuliah akan datang
Ibadah yang akan membawa ke Syurga
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الطُّهْرُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا
Suatu hari seorang sahabat Baginda bertanyakan tentang amalan yang akan membawa kepada syurga. baginda menjawab, sembahyang lima waktu, zakat, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram. itulah kesimpulan yang telah dibuat oleh baginda tentang ibadat yang akan membawa ke syurga. kalau macam tu senangkan masuk syurga. STOP. Nanti dulu. tidak semudah itu kalau ingin masuk syurga. nabi telah bersabda bahawa syurga itu dilingkungi oleh perkara yang dibenci oleh syahwat. dan neraka dikelilingi oleh perkara yang dipersetujui oleh syahwat. OK kita stop dulu kita sambung nanti ye.
Takabbur dan Iblis Bahagian 1
wahai semua malaikat bersujudlah kamu semua kepada makhluk aku yang bernama Adam. Dalam masalah sujud ini, perlu kita ingat yang dimaksudkan dengan sujud ini bukanlah sujud seperti kita sujud di hadapan Allah ketika solah tetapi sujud di sini bermaksud penghormatan dan kepatuhan. maka semua makluk Allah sujud tanda memberi hormat kepada Adam kecuali Iblis yang merasakan dirinya hebat dan lebih daripada Adam. semua peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran.
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ (11)
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ (12)
tetapi ustaz merasa hairan kenapa manusia hari ni, hanya sekadar membaca al-quran tetapi tidak pernahcuba untuk memahamkan isi kandungan al-quran yang begitu berharga dan bernilai untuk diamalkan. ingat bahawa al-quran itu mungkin akan menjadi pembela kita di hari akhirat atau menjadi "pendakwaraya" di alam akhirat.
القراءن حجة لك أو حجة عليك
sama juga dengan cerita iblis dan takabburnya juga, Allah memberikan gambaran bahawa seandainya kita bersifat sedemikian rupa todak mustahil kita akan engkar kepada Allah. semua ini berkisar disekeliling TAKABBUR dan apa itu takabbur kita akan bersambung diepisod yang akan datang.